![]() |
| 2016 |
Saturday, 2 January 2016
Assalamualaikum,2016 :-)
Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca coretan ini.Saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua dan juga selamat kembali ke sekolah untuk para pelajar. Semoga tahun ini diberkati Tuhan dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Seterusnya,semoga kita lebih bersemangat untuk menjalani rutin harian yang padat dan melelahkan. Marilah kita berdoa kepada Ilahi supaya sentiasa dilindungi oleh kasih sayangnya. Aamiin ya robbal aalamiin..
Thursday, 29 October 2015
THINK BEFORE YOU SPEAK
Ini sangat penting kerana apa yang anda katakan akan mempengaruhi pemikiran orang lain tentang anda.Kata-kata ibarat cermin untuk personaliti seseorang.Sekiranya anda tidak mempunyai kata-kata yang baik untuk diluahkan,lebih baik anda berdiam diri.Hal ini dapat membantu anda untuk menghindari sebarang kata-kata yang akan menyakiti hati orang yang berada di sekeliling anda.Semoga anda sentiasa disayangi dan dihormati oleh semua pihak.
Salam sayang,
CIK TULIP
BE YOURSELF
![]() |
Assalamualaikum,semua :-) Aku baru selesai menjalani peperiksaan akhir tahun dan tahun hadapan aku akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Aku rasa berdebar-debar apabila memikirkan perkara ini.Setiap orang pasti mempunyai masalah bukan ? Aku juga begitu :-( Tapi aku yakin masalah ini dapat diselesaikan dengan penyelesaian yang terbaik iaitu berdoa dan memohon kepada Tuhan.Bak kata pepatah "Ambil yang jernih,buang yang keruh".Aku percaya setiap orang mempunyai cita-cita dan untuk menjadi apa yang kita kehendaki,kita perlu memahami minat dan bidang yang berkaitan cita-cita tersebut.Hiraukan kata-kata orang lain yang memandang rendah akan kebolehan anda dan anda pasti akan berasa tenang.Salam sayang,
CIK TULIP
Sunday, 30 August 2015
THE FIRST POST
Subscribe to:
Comments (Atom)




